Monday 13 August 2012

CONTOH SOALAN KERTAS 2


KERTAS 2                                                                                              Dua jam tiga puluh minit
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumsan tentang kesan-kesan salah laku pelajar sekolah dan langkah-langkah membendungnya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Belakangan ini masyarakat kita dikejutkan oleh pelbagai amalan salah laku dalam kalangan pelajar sekolah. Perlakuan yang melibatkan pelajar itu termasuklah merosakkan harta benda, bergaduh, memeras ugut rakan malahan ada yang bertindak lebih jauh hingga berani mengancam para guru. Perbuatan yang dilakukan itu menjadikan kawasan sekolah sebagai tempat yang tidak selamat bagi sesetengah pelajar.                                   Penglibatan pelajar sekolah dalam kegiatan salah laku perlu dipandang serius oleh semua pihak khususnya pengurusan sekolah. Gejala tersebut memberikan impak yang menjejaskan integriti pihak sekolah. Pengabaian terhadap situasi yang berlaku ini suatu masa nanti akan meningkatkan indeks jenayah di negara ini apabila golongan pelajar tersebut meninggalkan sekolah dan terlibat dalam jenayah yang lebih serius.Perkembangan ini menunjukkan bahawa potensi jenayah berkembang di negara ini sukar kita nafikan. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh pihak polis pada tahun 2010 jumlah pelajar yang terlibat dalam perlakuan jenayah sebanyak 1610 orang, iaitu 0.9 peratus daripada jumlah indeks jenayah di negara Malaysia. Sebahagian besar pelajar yang terbabit dalam kejadian jenayah dan salah laku tidak mementingkan masa dan berkelakuan kurang sopan.                                                                         Perbincangan yang melibatkan peajar sekolah tidak terlepas daripada hal yang menyentuh isu poteng sekolah. Masalah ini jika dibiarkan akan mendorong pelajar terlibat dalam gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah,gengsterisme, dan perjudian. Hal yang terjadi itu telah menyumbang kepada kemerosotan nilai-nilai murni dalam kalangan generasi muda. Kelekaan kita membanteras salah laku dalam kalangan pelajar telah menyuburkan sikap tidak menghargai jasa ibu bapa dan guru-guru. Sehubungan dengan itu, tidak hairan semakin sehari semakin tumbuh sikap sikap kebiadapan dalam kalangan sebahagian pelajar hingga ada pihak yang mendakwa bahawa tidak bermakna negara membangun dengan pesat dan kian maju sedangkan rakyat hidup tanpa mengamalkan sistem nilai yang terpuji.                                     Kita harus sedar bahawa kedangkala golongan pelajar terhadap kewajipan mematuhi peraturan akan melahirkan generasi muda yang hilang jati diri dan bertanggungjawab melunturkan nilai murni masyarakat. Sebelum masyarakat kita terus merosot nilai moralnya, kita harus mendidik generasi generasi muda supaya mahir sebagai golongan yang sanggup memikul tanggungjwab dan mengetepikan hal-hal yang melanggar peraturan hingga meruntun mereka menjadi ahli masyarakat yang tidak mempedulikan peraturan dalam hidup.                                                                                                            
                                                  ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Tubuh Kelab Pencegah Jenayah di sekolah”                                                                                         oleh Lee Lam Thye, Utusan Malaysia, 5 Mei 2011.)
                                                                                                                         
          Soalan 2: Pemahaman                                                                             [35 markah]
Soalan 2(a) – Petikan Umum                                                                                                                              Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud meruntun mereka dalam petikan di atas.                                                                            [2 markah]
(ii) Nyatakan tiga amalan salah laku yang melibatkkan pelajar sekolah.                                                          [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah punca yang menyebabkan pelajar sekolah terjebak dalam amalan  salah laku?                                                                      
       Kemukakan empat punca.                                                                                                                 [4 markah]                             



Soalan 2(b)- Petikan Cerpen                                                                                                                                       Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
       Ibu tidak lagi cergas pada waktu malam kerana ibu tidur tergolek bagaikan batang pisang. Tetapi apabila  saja tiba subuh, ibu sudah bangun dan bersedia apa saja ujian atau cabaran pada siang hari.                                                                  
       Sekali itu Ceper tiba-tiba mengamuk macam naik angin. Hujan turun di hulu tidak henti-henti- dan airnya keruh macam air susu. Habis sampah sarap dipunggah bersaama, menumbang pokok-pokok yang tegak di tepi-tepi tebingnya, memuntahkan tanah hingga terkobak rata-rata.                                                                            
       Airnya yang keruh itu terhimbau naik ke sawah-sawah yang sedang membunting  sarat padinya.Pokok-pokok padi habis tenggelam dan mati begitu saja. Sudahlah sampah sarap diangkut bersama, bangkai-bangkai binatang pun banyak yang terlekat di tiang-tiang rumah kami.
     Aku masih ingat waktu itu ibu pun mengamuk juga. Dia marah sangat dengan Ceper sampai menyumpah-nyumpah kerana habis padi buntingnya mati lemas.  Ibu menjerit pada bapa yang sejak pagi meninggalkan rumah untuk naik ke bukit berdenak ketitir.
      Sebelum tu, ibu tidak pernah berleter apa-apa, malah ibu bagaikan takut pada bapa yang telah menjadi kaki burung ketitir itu hingga seua hal rumah dan keluarga diserahkan bulat-bulat kepada ibu.Tetapi siang itu, sebelum bapa melangkah pergi bersama-sama denak rajanya, ibu menjerit.Nyaring betul suara ibu.

(Dipetik daripada cerpen “ibu dan ceper” oleh Shahnon Ahmad
Dalam antologi Harga Remaja.Dewan Bahasa dan Pustaka.)

( i )     Apakah yang berlaku apabila hujan turun di hulu tidak henti-henti?                  [ 2 markah ]

( ii )    Berdasarkan pendapat anda, nyatakan tiga usaha yang dapat dilakukan untuk membantu gologan 
          petani di negara kita.                                                                                          [ 3 markah ]

 ( iii )  Huraikan satu perwatakan ibu dalam petikan dan satu perwatakan ibu daripada cerpen tersebut yang
          tidak terdapat dalam petikan.                                                                             [ 4 markah ]

Soalan 2( c ) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

            Jawab orang di geliung, “ Nama juragannya Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, nakhodanya Tuanku Nakhoda Tua, jurubatunya anak Tiku Pariaman dan Jurumudinya anak Pulau Laut.”
 
          Tiba-tiba Tuan Puteri Pinang Masak masuk tangan, “Wahai ayahanda, adakah patut berulaang-alik bertanyakan hal orang di geliung itu? Bukankah baik kiranya dipersilakan anak-anak geliung itu naik ke istana?”
          Baginda raja termakan cakap puterinya itu lalu menitahkan negeri dihiasi dengan orang besar-besar pergi menjemput anak geliung itu naik ke istana.
 
        “Silalah encik-encik dan tuan-tuan naik ke darat. Kalau hendak menyambung, gelanggang ada; hendak bercatur berjugar, tapaknya ada dan jika hendak berkenduri hidangan ada disediakan lengkap dengan balainya,” kata Datuk Orang Kaya Besar.
       “ Terima kasih. Silahlah tuan-tuan berjalan dulu, kami mengikut dari belakang.”
       Setelah mendapat izin isterinya, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, dengan berpakaian lengkap Awang Sulung Merah pun pergilah bersama-sama jurubatu dan Bujang Selamatnya. Bujang Selamat disuruhnya mengepit Kinantan Sucinya itu, iaitu seekor ayam laga yang cekatan, sementara jurubatunya pula mendayung sampan tunda menuju ke pengkalan Negeri Pati Talak Terengganu.
       Ketibaan Awanng Sulung ke negeri itu amat menghairankan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu itu, kerana segala alat kebesaran berbunyi sendiri dan seluruh isi alam menyambut sama.

( Dipetik daripada “Pelayaran yang Penuh Peristiwa” dalam antologi
Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.)


( i )     Apakah maksud rangkai kata masuk tangan dalam petikan tersebut?                  [ 2 markah ]

( ii )    Nyatakan tiga situasi yang menunjukkan Awang Sulung merupakan orang yang mempunyai 
           kedudukan tinggi.                                                                                                [ 3 markah ]

( iii )   Pada pendapat anda, apakah keburukan perbuatan menyabung ayam?
           Nyatakan tiga pendapat anda.                                                                             [ 3 markah ]


Soalan 2 ( d )- Pantun
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Text Box:                PANTUN EMPAT KERAT
             ( BUDI )
  
             Terang bulan terang di paya,
                     Anak kambing memakan rumput;
             Jika  tak kenang kepada saya,
                     Nama yang baik tak tersebut.

             Anak merak mati tersangkut,
                       Mati dipanah Seri Rama;
             Resam di dunia juga disebut,
                       Orang yang mati meninggalkan nama.

             Anak itik terenang-renang,
                       Air pasang tenang-tenangan;
              Budi sedikit bila kan hilang,
                       Itu menjadi kenang-kenangan.
Text Box:             Anak ikan berlima-lima,
                   Mati dihimpap punggur berdaun;
           Kasih tuan saya terima,
                   Sebagai hutang seribu tahun.


( Antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka )
 






































           ( i )    Apakah yang dimaksudkan dengan resam dunia dalam pantun di atas ?    [ 2 markah ]

           ( ii )   Pada pendapat anda, apakah kepentingan hidup berbudi dalam masyarakat? [ 4 markah ]

          ( iii )  Berikan tiga contoh gaya bahasa yang ditemukan dalam pantun tersebut.     [ 3 markah ]


Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[ 30 markah ]
Jawab semua soalan


(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan ini sebagai peribahasa atau kata nama khas.

     ( i )      menjejaskan keyakinan
     ( ii )     mengaut keuntungan
     ( iii )    Pengecualian cukai
     ( iv)     persediaan awal
     ( v )     Keruntuhan moral
     ( vi )    kenangan silam

( b ) Berdasarkan ayat-ayat di bawah ini, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul.
        Kata  tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian  dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam
       ayat- ayat yang diberi.

     ( i )    Maklumat terkini keadaan lalu lintas dapat membantu pengguna merancang perjalanan secara
               berkesan.
     ( ii )   Sektor perindustrian di negara ini kebanyakannya terletak di Pantai Barat Semenanjung.
     ( iii )  Pengusaha chalet di kawasan pelancongan harus mengutamakan keselesaan pelancong.
     ( iv )  Kebanyakan kakitanga awam berhajat untuk terus bekerja selepas bersara.
     ( v )   Pembeli tidak menyukai prosedur yang rumit dalam urusan jual beli tanah.
     ( vi )   Perpaduan kaum dalam kalangan rakyat di negara ini semakin utuh berbanding dengan ea pra
              mederka.

 ( c ) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan   
        imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalaha-kesalahan itu. Bagi  setiap ayat anda tidak boleh 
       menyenaraikan  lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

       ( i )   Kerja-kerja pakar furinsik tidak selesai selagi tidak memberikan penerangan di mahkamah tentang
              apa-apa yang ditemukan hasil ujian terhadap bahan bukti.

      ( ii )  Pihak berkuasa harus merancangkan pelan untuk menubuhkan institusi kemahiran di kawasan luar
             bandar sebagai langkah membangunkan kemudahan pendidikan di kawasan tersebut.

     ( iii )  Bank pedagangan perlu lebih kreatif ketika mencari penyelesaian yang melibatkan kepentingan
              pelangan.
[ 6 markah ]

( d )   Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan pengguna kata atau istilah dan satu
         kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak 
         boleh  menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan bahasa atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. 
         anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

    ( i )    Kawasan simpan menjadi habitat pelbagai sepsis flora dan fauna termasuk spesies yang jarang-
             jarang ditemukan di negara lain.

    ( ii )  Radar penerbangan yang mana mengalami kerosakan itu telah menyebabkan rintangan kepada
            Pesawat yang hendak mendarat atau  di lapangan terbang itu.

    ( iii ) Semua pengemudi syarikat kendalian kerajaan harus bertindak sebagai pemegang amanah rakyat
           dan negara dan kepercayaan itu tidak boleh mereka khianati sampai bila-bila.
[ 6 markah ]

( e ) Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan setiap ayat tersebut.

   ( i )   Setelah Berjaya dalam kerjaya dan kehidupan, dia mula melupakan orang yang pernah membantunya
           meraih kejayaan itu.

   ( ii ) Perubahan pasti akan berlaku apabila tampuk kekuasaan sesebuah negara diambil alih oleh orang lain
          atau kelompok yang lain.

   ( iii ) Semua pemegang saham syarikat itu berikrar bahawa mereka sanggup memikul kerugian dan
            menerima keuntungan bersama-sama.
[ 6 markah ]


      
Soalan 4 : Novel
[ 15 markah ]


Jawab soalan-soalan di bawah ini. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel-novel yang telah anda pelajari.

Text Box:  
 (i ) PAPA….(Akhirnya kau tewas jua! ) karya Deana Yusof
 (ii ) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
 (iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd.Hanafiah
 (iv) Renyah karya Gunawan Mahmood
 (vi) Kembara Amira  karya Amer Hamzah L.Kadir
 (vii ) Sutera dalam Lukisan karya Abd.Talib Hassan
 (viii )  Interlok karya Abdullah Hassain
 







( a ) Huraikan secara ringkas tiga latar tempat yang melatari novel yang anda kaji.
( 7 markah )
( b ) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan satu nilai ketabahan yang  
       dimiliki oleh watak utama daripada setiap novel tersebut.
( 8 markah )





















Pendahuluan.
Petikan membincangkan tujuan pendidikan vokasional di sekolah negara kita


Isi tersurat.
1.      Memberi peluang kedua kepada pelajar-pelajar yang tidak cemerlang dalam akademik tetapi mempunyai potensi dalam bidang vokasional dan kemahiran.
2.      Mengurangkan keciciran dalam kalangan pelajar
3.      Mampu membentuk individu yang lebih berdikari dan lebih berkeyakinan dalam menempun kehidupan tanpa mengambil kira kecemerlangan akademik sebagai ukuran.
4.      Sebagai pilihan terbaik untuk mereka yang telah dikenal pasti tidak berkemampuan untuk meneruskan pelajaran berasaskan akademik semata-mata.
5.      Mampu menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
6.      Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia
7.      Dapat memastikan pelajar yang kurang cemerlang dalam pelajaran lebih terjamin masa depan mereka.
8.      Kumpulan pelajar yang mahir dalam bidang vokasional mudah untuk mengikuti kursus kemahiran apabila tamat pelajaran di tingkatan lima.
9.      Memberikan harapan kepada pelajar-pelaar yang memilih bidang kemahiran tertentu bahawa masih terdapat peluang yang luas untu mereka meningkatkan tahap kerjaya masing-masing dari semasa ke semasa.

Isi tersirat                                Kekangan = masalah
1.      Tidak mempunyai kemudahan yang lengkap.
2.      Sikap ibu bapa yang tidak mahu bekerjasama dengan pihak sekolah.

Kesimpulan.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dalam menghasilkan pelajar berkelulusan vokasional agar negara mempunyai ramai pelajar yang mahir dalam bidang teknikal.



Kata hubung   ( dan, selain itu, seterusnya, di samping itu, malahan / malah. Hal demikian, akhirnya,