KERTAS
2 Dua jam tiga puluh minit
Baca
petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumsan tentang kesan-kesan salah laku pelajar
sekolah dan langkah-langkah membendungnya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Belakangan ini
masyarakat kita dikejutkan oleh pelbagai amalan salah laku dalam kalangan
pelajar sekolah. Perlakuan yang melibatkan pelajar itu termasuklah merosakkan
harta benda, bergaduh, memeras ugut rakan malahan ada yang bertindak lebih jauh
hingga berani mengancam para guru. Perbuatan yang dilakukan itu menjadikan
kawasan sekolah sebagai tempat yang tidak selamat bagi sesetengah pelajar. Penglibatan pelajar sekolah dalam kegiatan salah laku
perlu dipandang serius oleh semua pihak khususnya pengurusan sekolah. Gejala
tersebut memberikan impak yang menjejaskan integriti pihak sekolah. Pengabaian
terhadap situasi yang berlaku ini suatu masa nanti akan meningkatkan indeks
jenayah di negara ini apabila golongan pelajar tersebut meninggalkan sekolah
dan terlibat dalam jenayah yang lebih serius.Perkembangan ini menunjukkan
bahawa potensi jenayah berkembang di negara ini sukar kita nafikan. Menurut
statistik yang dikeluarkan oleh pihak polis pada tahun 2010 jumlah pelajar yang
terlibat dalam perlakuan jenayah sebanyak 1610 orang, iaitu 0.9 peratus
daripada jumlah indeks jenayah di negara Malaysia. Sebahagian besar pelajar
yang terbabit dalam kejadian jenayah dan salah laku tidak mementingkan masa dan
berkelakuan kurang sopan. Perbincangan
yang melibatkan peajar sekolah tidak terlepas daripada hal yang menyentuh isu
poteng sekolah. Masalah ini jika dibiarkan akan mendorong pelajar terlibat
dalam gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah,gengsterisme, dan perjudian.
Hal yang terjadi itu telah menyumbang kepada kemerosotan nilai-nilai murni
dalam kalangan generasi muda. Kelekaan kita membanteras salah laku dalam
kalangan pelajar telah menyuburkan sikap tidak menghargai jasa ibu bapa dan
guru-guru. Sehubungan dengan itu, tidak hairan semakin sehari semakin tumbuh
sikap sikap kebiadapan dalam kalangan sebahagian pelajar hingga ada pihak yang mendakwa
bahawa tidak bermakna negara membangun dengan pesat dan kian maju sedangkan
rakyat hidup tanpa mengamalkan sistem nilai yang terpuji. Kita harus sedar bahawa kedangkala
golongan pelajar terhadap kewajipan mematuhi peraturan akan melahirkan generasi
muda yang hilang jati diri dan bertanggungjawab melunturkan nilai murni
masyarakat. Sebelum masyarakat kita terus merosot nilai moralnya, kita harus
mendidik generasi generasi muda supaya mahir sebagai golongan yang sanggup
memikul tanggungjwab dan mengetepikan hal-hal yang melanggar peraturan hingga meruntun mereka menjadi ahli masyarakat
yang tidak mempedulikan peraturan dalam hidup.
( Dipetik dan
diubahsuaikan daripada “Tubuh Kelab Pencegah Jenayah di sekolah” oleh Lee Lam Thye, Utusan Malaysia, 5 Mei
2011.)
Soalan 2: Pemahaman [35 markah]
Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i)
Berikan maksud meruntun mereka dalam
petikan di atas.
[2 markah]
(ii)
Nyatakan tiga amalan salah laku yang
melibatkkan pelajar sekolah.
[3 markah]
(iii)
Pada pendapat anda, apakah punca yang menyebabkan pelajar sekolah terjebak
dalam amalan salah laku?
Kemukakan
empat punca. [4 markah]
Soalan
2(b)- Petikan Cerpen Baca
petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Ibu tidak lagi cergas
pada waktu malam kerana ibu tidur tergolek bagaikan batang pisang. Tetapi
apabila saja tiba subuh, ibu sudah
bangun dan bersedia apa saja ujian atau cabaran pada siang hari.
Sekali
itu Ceper tiba-tiba mengamuk macam naik angin. Hujan turun di hulu tidak
henti-henti- dan airnya keruh macam air susu. Habis sampah sarap dipunggah
bersaama, menumbang pokok-pokok yang tegak di tepi-tepi tebingnya, memuntahkan
tanah hingga terkobak rata-rata.
Airnya
yang keruh itu terhimbau naik ke sawah-sawah yang sedang membunting sarat padinya.Pokok-pokok padi habis
tenggelam dan mati begitu saja. Sudahlah sampah sarap diangkut bersama,
bangkai-bangkai binatang pun banyak yang terlekat di tiang-tiang rumah kami.
Aku masih ingat waktu itu ibu pun mengamuk juga. Dia marah sangat dengan
Ceper sampai menyumpah-nyumpah kerana habis padi buntingnya mati lemas. Ibu menjerit pada bapa yang sejak pagi
meninggalkan rumah untuk naik ke bukit berdenak ketitir.
Sebelum tu, ibu tidak pernah
berleter apa-apa, malah ibu bagaikan takut pada bapa yang telah menjadi kaki
burung ketitir itu hingga seua hal rumah dan keluarga diserahkan bulat-bulat
kepada ibu.Tetapi siang itu, sebelum bapa melangkah pergi bersama-sama denak
rajanya, ibu menjerit.Nyaring betul suara ibu.
(Dipetik daripada cerpen “ibu dan
ceper” oleh Shahnon Ahmad
Dalam antologi Harga Remaja.Dewan Bahasa dan Pustaka.)
( i )
Apakah yang berlaku apabila hujan turun di hulu tidak henti-henti? [ 2
markah ]
( ii )
Berdasarkan pendapat anda, nyatakan tiga
usaha yang dapat dilakukan untuk membantu gologan
petani di negara kita.
[ 3 markah ]
(
iii ) Huraikan satu perwatakan ibu dalam petikan dan satu perwatakan ibu daripada cerpen tersebut yang
tidak terdapat dalam petikan.
[ 4 markah ]
Soalan
2( c ) – Petikan Prosa Klasik
Baca
petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Jawab orang di geliung, “ Nama
juragannya Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, nakhodanya Tuanku Nakhoda Tua,
jurubatunya anak Tiku Pariaman dan Jurumudinya anak Pulau Laut.”
Tiba-tiba Tuan Puteri Pinang Masak
masuk tangan, “Wahai ayahanda, adakah patut berulaang-alik bertanyakan hal
orang di geliung itu? Bukankah baik kiranya dipersilakan anak-anak geliung
itu naik ke istana?”
Baginda raja termakan cakap
puterinya itu lalu menitahkan negeri dihiasi dengan orang besar-besar pergi
menjemput anak geliung itu naik ke istana.
“Silalah encik-encik dan tuan-tuan naik
ke darat. Kalau hendak menyambung, gelanggang ada; hendak bercatur berjugar,
tapaknya ada dan jika hendak berkenduri hidangan ada disediakan lengkap
dengan balainya,” kata Datuk Orang Kaya Besar.
“ Terima kasih. Silahlah tuan-tuan
berjalan dulu, kami mengikut dari belakang.”
Setelah mendapat izin isterinya, Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa, dengan berpakaian lengkap Awang Sulung Merah pun
pergilah bersama-sama jurubatu dan Bujang Selamatnya. Bujang Selamat
disuruhnya mengepit Kinantan Sucinya itu, iaitu seekor ayam laga yang
cekatan, sementara jurubatunya pula mendayung sampan tunda menuju ke
pengkalan Negeri Pati Talak Terengganu.
Ketibaan Awanng Sulung ke negeri itu
amat menghairankan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu itu, kerana segala
alat kebesaran berbunyi sendiri dan seluruh isi alam menyambut sama.
( Dipetik daripada “Pelayaran yang Penuh Peristiwa”
dalam antologi
Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.)
|
( i )
Apakah maksud rangkai kata masuk
tangan dalam petikan tersebut? [ 2 markah ]
( ii )
Nyatakan tiga situasi yang
menunjukkan Awang Sulung merupakan orang yang mempunyai
kedudukan tinggi.
[ 3 markah ]
( iii )
Pada pendapat anda, apakah keburukan perbuatan menyabung ayam?
Nyatakan tiga pendapat anda.
[ 3 markah ]
Soalan
2 ( d )- Pantun
Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
![]() |
|
![]() |
( i ) Apakah yang dimaksudkan dengan resam dunia dalam pantun di atas ? [ 2
markah ]
( ii ) Pada pendapat anda, apakah kepentingan hidup
berbudi dalam masyarakat? [ 4 markah
]
( iii ) Berikan tiga contoh gaya
bahasa yang ditemukan dalam pantun tersebut.
[ 3 markah ]
Soalan
3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[ 30 markah ]
Jawab
semua soalan
(a) Tulis
satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan ini sebagai
peribahasa atau kata nama khas.
( i ) menjejaskan keyakinan
( ii ) mengaut keuntungan
( iii ) Pengecualian cukai
( iv) persediaan awal
( v ) Keruntuhan moral
( vi ) kenangan silam
( b ) Berdasarkan ayat-ayat di bawah
ini, bina ayat tanya dengan
menggunakan kata tanya yang betul.
Kata tanya yang digunakan
hendaklah bersesuaian dengan rangkai
kata yang berhuruf condong dalam
ayat- ayat yang diberi.
( i ) Maklumat terkini
keadaan lalu lintas dapat membantu
pengguna merancang perjalanan secara
berkesan.
( ii ) Sektor perindustrian di
negara ini kebanyakannya terletak di
Pantai Barat Semenanjung.
( iii ) Pengusaha chalet di
kawasan pelancongan harus mengutamakan
keselesaan pelancong.
( iv ) Kebanyakan kakitanga awam
berhajat untuk terus bekerja selepas
bersara.
( v ) Pembeli tidak menyukai prosedur yang rumit dalam urusan jual beli
tanah.
( vi ) Perpaduan kaum dalam
kalangan rakyat di negara ini semakin
utuh berbanding dengan ea pra
mederka.
(
c ) Dalam setiap ayat di bawah ini
terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalaha-kesalahan itu. Bagi setiap ayat
anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
( i ) Kerja-kerja pakar furinsik
tidak selesai selagi tidak memberikan penerangan di mahkamah tentang
apa-apa yang ditemukan hasil
ujian terhadap bahan bukti.
( ii ) Pihak berkuasa harus
merancangkan pelan untuk menubuhkan institusi kemahiran di kawasan luar
bandar sebagai langkah
membangunkan kemudahan pendidikan di kawasan tersebut.
( iii ) Bank pedagangan perlu lebih kreatif ketika mencari
penyelesaian yang melibatkan kepentingan
pelangan.
[ 6 markah ]
( d )
Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan pengguna kata atau istilah dan satu
kesalahan
tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
bahasa atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
( i ) Kawasan simpan menjadi
habitat pelbagai sepsis flora dan fauna termasuk spesies yang jarang-
jarang ditemukan di negara lain.
( ii ) Radar penerbangan yang
mana mengalami kerosakan itu telah menyebabkan rintangan kepada
Pesawat yang hendak mendarat
atau di lapangan terbang itu.
( iii ) Semua pengemudi syarikat kendalian kerajaan harus bertindak
sebagai pemegang amanah rakyat
dan negara dan kepercayaan itu tidak
boleh mereka khianati sampai bila-bila.
[ 6 markah ]
( e ) Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian nyatakan
peribahasa yang sesuai dengan setiap ayat tersebut.
( i ) Setelah Berjaya dalam
kerjaya dan kehidupan, dia mula melupakan orang yang pernah membantunya
meraih kejayaan itu.
( ii ) Perubahan pasti akan berlaku apabila tampuk kekuasaan sesebuah
negara diambil alih oleh orang lain
atau kelompok yang lain.
( iii ) Semua pemegang saham syarikat itu berikrar bahawa mereka sanggup
memikul kerugian dan
menerima keuntungan bersama-sama.
[ 6 markah ]
Soalan
4 : Novel
[
15 markah ]
Jawab
soalan-soalan di bawah ini. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu
daripada novel-novel yang telah anda pelajari.
![]() |
( a ) Huraikan secara ringkas tiga latar tempat yang melatari novel yang anda kaji.
( 7 markah )
( b ) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji,
bandingkan satu nilai ketabahan yang
dimiliki oleh watak utama daripada setiap novel tersebut.
( 8 markah )
Pendahuluan.
Petikan membincangkan tujuan pendidikan
vokasional di sekolah negara kita
Isi tersurat.
1.
Memberi peluang kedua kepada
pelajar-pelajar yang tidak cemerlang dalam akademik tetapi mempunyai potensi
dalam bidang vokasional dan kemahiran.
2.
Mengurangkan keciciran dalam kalangan
pelajar
3.
Mampu membentuk individu yang lebih
berdikari dan lebih berkeyakinan dalam menempun kehidupan tanpa mengambil kira
kecemerlangan akademik sebagai ukuran.
4.
Sebagai pilihan terbaik untuk mereka
yang telah dikenal pasti tidak berkemampuan untuk meneruskan pelajaran
berasaskan akademik semata-mata.
5.
Mampu menyediakan sumber tenaga manusia
untuk keperluan kemajuan negara.
6.
Memberi peluang pendidikan kepada semua
warganegara Malaysia
7.
Dapat memastikan pelajar yang kurang
cemerlang dalam pelajaran lebih terjamin masa depan mereka.
8.
Kumpulan pelajar yang mahir dalam bidang
vokasional mudah untuk mengikuti kursus kemahiran apabila tamat pelajaran di
tingkatan lima.
9.
Memberikan harapan kepada pelajar-pelaar
yang memilih bidang kemahiran tertentu bahawa masih terdapat peluang yang luas
untu mereka meningkatkan tahap kerjaya masing-masing dari semasa ke semasa.
Isi
tersirat
Kekangan = masalah
1.
Tidak mempunyai kemudahan yang lengkap.
2.
Sikap ibu bapa yang tidak mahu
bekerjasama dengan pihak sekolah.
Kesimpulan.
Kesimpulannya,
semua pihak perlu bekerjasama dalam menghasilkan pelajar berkelulusan
vokasional agar negara mempunyai ramai pelajar
yang mahir dalam bidang teknikal.
Kata
hubung ( dan,
selain itu, seterusnya, di samping itu, malahan / malah. Hal demikian,
akhirnya,
Lucky Lucky Lucky Casino - 9M Hub
ReplyDeleteLucky Lucky 경산 출장샵 Lucky Casino is the place for those of you 속초 출장안마 that are looking for the best in slots, video 김해 출장마사지 poker, blackjack, and roulette. 속초 출장마사지 Lucky Lucky 군산 출장샵 Casino is